Saturday, January 28, 2012
Text Size
Share

Paparan yang dapat dilihat jika anda membuka laman web www.megaupload.com sekarangMegaUpload yang telah disita dan pemimpinnya dilokap. Persoalannya siapa pula selepas ini? Inilah ketakutan yang menghantui hampir semua file sharing owners selepas serbuan ke atas MegaUpload Khamis lalu.

On Thursday, the FBI and other US-based law enforcement officials effectively shuttered MegaUpload, while detaining top executives at the company.  MegaUpload founder Kim Schmidtz, aka Kim Dotcom, and other top executives at MegaUpload have been arrested for operating what has been billed a massive, copyright-infringing, racketeering, and money-laundering operation.  At last count, 7 were indicted, with the New York Times reporting that 3 executives remain at large. (more...)

 

Tak lama sejurus MegaUpload tiarahkan tutup, FileSonic memilih jalan selamat dengan menutup semua perkongsian file keatas server mereka. Walaupun tindakan mereka telah mengundang kemarahan pengguna namun itu difikirkan lebih bagus daripada terpaksa menghadapi tindakan dari FBI.

 

Kini FileSonic hanya membenarkan perkongsian file peribadi dimana setiap file yang di upload hanya boleh dimuat turun oleh orang yang memuat naikkan fail tersebut sahaja.

Mengikut jejak langkah sama seperti FileSonic, pihak lain turut mengambil jalan selamat, well.. at least for now. Ini termasuk upload.to, yang dilaporkan telah menutup akses ke laman web beliau terutama akses kepada pengguna AS. Laman mereka kelihatan seperti dibawah jika ianya cuba diakses dari terminal Amerika Syarikat (AS),

 

Adakah ini tanda berakhirnya era pengkongsian file? Orang-orang industri yang terlibat dengan harta benda intelek pasti akan bersorak riang dengan fenomena yang melanda ini. Adakah nasib yang sama turut akan menimpa major players like SoundCloud, Grooveshark, Dropbox dan lain-lain?

Sehingga kini Rapidshare masih bertahan dengan menyatakan pendirian mereka yang mereka tidak boleh disamakan dengan pemain-pemain yang lainnya. 'p~

RapidShare - among the largest locker-and-hosting services - is confidently staying put, which in this uncertain enforcement climate could be risky. "RapidShare AG was founded in Switzerland and in fact, it was always located at the address given in the company details and was always run under real names without any anonymous intermediate businesses," RapidShare CEO Alexandra Zwingli told Ars Technica. "The radical measures against MegaUpload were apparently required since the situation there had been totally different."

Adakah ini bakal mengundang kemarahan dari puak-puak penggodam seantero dunia sepertimana yang berlaku di Malaysia sebaiksahaja SKMM menutup akses ke web-web tersebut? Well... now it is different. Kalau dulu kita masih boleh mengakses web tersebut dengan menggunakan open DNS dan sebagainya tapi nampaknya kini tidak lagi.

Dan yang pasti, Norman KRU dan RIM pasti antara orang yang paling happy buat masa ini.

MegaUpload ditutup dan kematian era pengkongsian file
Share

Agak terlewat jugak entry kali ni memandangkan sesi perkhemahan kitorang di Pantai Sri Purnama dibuat pada 22hb January yang lepas (Ahad). Usually kalau aku keep on postpone untuk buat entry for sure sampai ke sudah la aku takkan update terus cerita tu ke dalam blog ni. Aku pun tak tahu kenapa but lately aku tak 'ghairah' sangat untuk ber-blog. Padahal bukan tak banyak benda sensasi yang boleh aku tulis. Rasanya dengan mengadap Buletin Utama 15 minit jer dah banyak bahan yang boleh aku tuliskan. Cuma sekarang ni aku lebih memikirkan risiko pada setiap bahan yang aku tulis.

Back to the topik, for those who were born in 70's sure zaman kecik-kecik parent korang selalu pergi picnic kat pantai. Kalau dulu mungkin 'mini compo' merupakan check list yang agak utama untuk dibawa. Now since everybody got their own handphone and earplug, so dah takde lagi lah kepentingan untuk itu. Dan semakin aku membesar semakin tiada sangat aktiviti-aktiviti perkelahan bersama keluarga. Aktiviti hari minggu mungkin banyak dibunuh oleh shopping-shopping mall yang tumbuh macam cendawan sekarang ni.

Lokasi kali ini adalah Pantai Sri Purnama, Port Dickson. Aku bukanlah orang yang menjadi 'mastermind' dalam percutian kali ini. Ia lebih kepada Mama punya planning. But I did influent them untuk tukar dari asalnya hanya untuk berkelah pagi sampai petang tiba-tiba menjadi perkelahan 2 hari 1 malam. Ahaks!

Gambar diatas adalah ketika air surut. Ketika air pasang actually ombak sampai rapat ke tembok tempat kitorang dirikan khemah. So time malam bunyi ombak memang betul-betul tepi telinga je.

 

Surau yang disediakan terbahagi kepada dua bahagian lelaki dan perempuan. Telekung juga turut disediakan.

Lokasi dipilih sebab kawasannya yang menarik dan adanya kemudahan tempat mandi, toilet dan paling penting surau untuk solat. Telah dijangkakan pada hujung minggu tempat ni memang crowded (especially kalau kita memerlukan tapak untuk nak pasang khemah). So adalah di nasihatkan untuk korang sampai ke sana seawal 9 pagi kerana pukul 9am - 10am ni kebiasaannya waktu orang yang berkhemah pada malam sebelumnya planning untuk pulang. Jadi kita boleh replace tapak khemah diorang.

Untuk tempat parking kereta juga agak terhad kalau waktu prime time. Jadi mungkin perlu pusing 2,3 kali untuk dapatkan slot kosong orang keluar. Tapi make sure korang tak parking celah-celah pokok sebab mostly tempat-tempat tu adalah tempat perkelahan. Jadi nanti ada yang kena sound untuk alihkan semula kenderaan korang. Leceh kalau jadi macam tu.

 

Dua budak bertuah ni, khemah belum pacak lagi diorang dah melompat dalam air dah.

Percutian ini juga sebenarnya bagi menebus ketidakseronokan semasa Cuti-cuti Malaysia - Pulau Pangkor (entrynya masih tak di tulis lagi. hutang dulu) akibat dari hanpir seluruh family aku diserang demam bergilir-gilir pada ketika itu. Alhamdulillah, kali ini semua orang dalam kondisi yang memuaskan walaupun seketika aku panik bila Faris terketar-ketar macam orang kena 'Demam Kura' bila keluar dari air pastu terus selimut ngan tuala dan tidur. Isk~! Mujutnya lepas bangun terus aktif semula melompat-lompak menggali pasir.

 

Untuk rombongan kitorang jer ada 4 khemah tidak termasuk 1 khemah kanvas untuk ruang masak dan makan-makan. Mama ngan Abah 1 khemah, Mamat ngan Iwan 1 khemah, Nana ngan Rahimi 1 khemah dan kami berempat 1 khemah. Dan dalam 5 bijik khemah ni, sebenarnya yang takde dinding yang dihujung sekali tu lah yang memakan masa paling lama untuk didirikan! Ahaks! Yang hijau tu khemah kitorang. Satu-satunya khemah yang diterangi oleh cahaya 'lampu gasolin' dari dalam. Huhuhuhu

 

Lepas first round minum air laut (aku tak join untuk sesi pertama ni sebab sibuk memasang khemah), tibalah masanya time makan. Kat sini nasi putih dengan sambal ikan bilis pun boleh jadi sedap macam mengadap nasi beryani gam je kaedahnya. Ahaks! Tambah pulah ngan ikan keli bakar cecah air asam... Cerita pun tak guna!

Pas makan Mama ngan Abah releks atas 'kerusi pengarah' masing-masing sambil membaca novel dan menikmati deru ombak. Cewah~! Danish dengan Faris pulak tak membuang banyak masa terus sambung kerja.

Apa jadi selepas itu?

 

Nah... Recharge Battery!!

 

Jangan tertipu. Yang bergambar di tempat masak tak beerti dia yang masak. Nenoenonoenoene. mana aku masa ni?

 

Mengambil alih kerusi pengarah! Har! Har!

Kat bawah ni beberapa shot yang dibuat waktu malam. Kualiti gambar tak berapa cantik sebab pakai cameraphone cikai.

 

So berapa bintang untuk Pantai Sri Purnama, Port Dickson? Rating ni aku bagi kepada 2 keadaan. Kerana banyak benda yang boleh mempengaruhi rating percutian kita terutama aktiviti yang kita jalankan disana itu sendiri sangat memainkan peranan penting. Sebab aku tengok group sebelah kitorang yang datang 3,4 family boleh main bola pantai ramai-ramai pada aku sangat memberikan makna. Namun kalau hanya datang untuk mandi, pasti faktor kebersihan pantai akan lebih diberikan penekanan.

 

Kalau just datang untuk mandi:

Kalau overnight dan ada aktiviti sampingan:

Yang penting, kedua-dua ketiga-tiga 'Buntat' aku (termasuk 'mak buntat') sangat enjoy~!

Cuti-cuti Malaysia - Pantai Sri Purnama, Port Dickson
Share

Rasulullah saw. bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi. (Shahih Muslim No.4803)

Dim lights

Ya Allah... Moga-moga kami lah anak-anak yang akan menjadi imam di kala mereka dijemput oleh Mu, kami  lah yang akan memandikan mereka di kala mereka tidak bernyawa, kami lah yang akan menurunkan mereka ke liang lahad di kala masa mereka telah tiba dan kami lah yg akan membacakan talkin untuk mereka. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami dan rahmatilah serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami ketika kami kecil..

* Ceramah versi penuh anda boleh lihat disini: http://www.youtube.com/watch?v=h9TRUvdCO3Q
* Sesi soal jawab boleh dilihat disini: http://www.youtube.com/watch?v=dzqEexhqvJQ

p/s: Jika kita nak anak kita ada Islam dalam jiwanya, maka dalam jika kita juga haruskan dipenuhkan dengan Islam.

Anak Asset ke Syurga atau Neraka?
Share

Sekadar gamabr hiasan..Sebuah kisah yang dikongsikan seorang teman di facebook. Saja nak kongsikan moga sama-sama boleh dapat pengajaran dari cerita ini. Credit goes to the original writer.

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Page 1 of 99

Start
Prev
1

SDKD Search

 

Latest Comments

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday993
mod_vvisit_counterYesterday2220
mod_vvisit_counterThis week12785
mod_vvisit_counterLast week15242
mod_vvisit_counterThis month68371
mod_vvisit_counterLast month103576
mod_vvisit_counterAll days1139512

We have: 9 guests, 12 bots online
Your IP: 38.107.179.233