Monday, July 28, 2014
Text Size

Inilah mender alah mesin untuk memotong sticker.

Dah berbulan-bulan aku survey pasal menatang ni. Puas mencari supplier yang ada jual pemotong sticker. Rata-rata yang aku jumpa di internet semuanya oversea.

Susah betul kerana peniaga di Malaysia ni masih kurang kesedaran terhadap kepentingan website. No wonder giant-giant company pun kadang-kadang masih belum ada laman web. Bagi diorang untuk melaburkan 5,6 ribu untuk pembinaan website merupakan satu pembaziran yang tak nampak faedahnya. Bodoh!

Roland Sticker SV12

Aku beli mender alah ni kat Cheras. salah satu distributor ROLAND yang ada di area lembah kelang. Untuk model SV12 ni harganya dalam lingkungan RM3000. Ini saiz desktop, besar lebih kurang printer canon lama yang mampu memotong sais A4 sepanjang hampir 40 inci. Untuk keperluan aku sekarang, yang ini rasanya sudah memadai. Ada yang saiz lebih besar dimana 'onkos'nya jugak lebih riban-riban. Tapi nak buat apa. Maybe untuk second step kalau yg ni boleh buat banyak untung. Agak mahal kalau semata-mata korang nak beli untuk potong sticker tampal kat kereta sendiri.

Tambah pula 'material' (sticker) nya korang takleh beli sikit-sikit. Nak taknak kena beli segulung sekaligus, panjang dalam 100 meter dengan harga hampir RM400 segulung. So, aku pun planning untuk service added untuk CC aku kat nilai ni.

Dalam proses untuk memahirkan diri dengan equipment dan software nih, aku pun buat beberapa experiment untuk aku sendiri. Apa nak kata... rata tempat semua nak tampal. Atas meja, kat laptop, tepi almari, kereta habis jadi tempat menepek bahan-bahan experimen. Hahahha. Dalam kekaguman melihat bagaimana ia berfungsi, aku jadi lupa dengan kos yang aku dah belanjakan.

 

Kereta aku pun tak dapat lari dari menjadi mangsa..

 

Prepaid4U.Net - Admin On Board. Ahaks~!!

[span class=notice]Sebelum ni ramai yang tanya mintak maklumat kat mana aku beli menang ni, tapi tak sempat nak menjawabnya sorang-sorang. Mintak maaf la. So terlanjur aku kena update semula entry ni, then aku masukkan sekali maklumat kedai tempat aku beli mender alah nih. Kepada yang memang mencari info pasal ni, dont forget to drop a comment. At least a simple thanks. Hehehehe [/span]

EH TECHNOLOGY SDN BHD
B10-8-8, Queen's Avenue, Jalan Bayam
Off Jalan Peel, Cheras, 55100 Kuala Lumpur.

** Bertuahlah cina tu aku dok promote dia nyer kedai. hampess!

Add comment


Security code
Refresh

Category: Cerita Daddy

Firman Allah;

وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

English: dan gunung-gunung sebagai pasak?,

View Translations

[ Verse: 68 : 7 ]

Search

 

Who's Online?

We have 154 guests and no members online