Wednesday, April 16, 2014
Text Size

Informasi Umum

Entry ni aku tujukan untuk semua 'anak-anak pahang' di atas muka bumi ni. Walaupun aku ni lahir kat KL (kad pengenalan code '14'), dibesarkan di PJ, pas tu duk kat asrama di Taman Keramat sebelum menyambung pelajaran di Shah ALam dan akhirnya bekerja di Putrajaya, tapi bila orang tanya, suka-suka jer aku cakap aku ni orang pahang. Ahaks. Mak ayah aku memang anak jati Pahang. Dan aku rasa cambesh kalau aku pun anak Pahang la jugak kiranya. Huhuhuhu.

Entry kali nih aku nak hightlight seberapa banyak yang mungkin perkataan-perkataan dan contoh-contoh ayat dari dialek Pahang dan juga loghat-loghat daerah. Kenapa? Sebab kalau melihatkan senario masyarakat majmuk kat Malaysia ni, kurang sangat pendedahan pasal loghat pahang ni. Malah masa aku study kat UiTM dulu sampai ada member campus aku yang tanya "Pahang ada loghat ke?". Dan yang paling aku hangin, bila aku berborak dengan member aku yang berasal dari temerloh, diorang boleh pulak tanya "Ko cakap bahasa apa tu?". Hampes!

Kalau dalam filem-filem dan drama-drama kat TV, kurang sangat loghat daerah di pahang di ketengahkan. Balik-balik, loghat Kedah, loghat Negeri Sembilan, loghat Kelantan, Loghat Terengganu, Perak dan sebagainya. Pahang? Hampir tiada. Ada aku tengok dalam beberapa rancangan seperti salam pantai timur, si Syarifah Shahira ada bercakap slang kuala lipis. Tapi itu pun tak ramai yang perasan. Tenggelam dek memember tengganu dan kelantan yang lain dalam tu. Kalau ada pun pelakon yang cuba membawakan watak orang Pahang (contoh dalam cerita Bilut yang dilakonkan oleh Khir Rahman) membuatkan aku sakit hati jer mendengarkan loghat yang cuba dibawakannya. Wei! Belajar la dulu sebelum nak try test cakap Pahang!! Baru-baru ni, Pak Tam dari kuantan ada masuk Juara Lawak Astro dengan membawa trademark 'POHPALEH WEIH'. (favourite words for pahangrians). Mula-mula tuh pekat la loghat daerah dia. Bangga jugak. Tapi makin lama, makin KeyEl pulak sounds nya. Ceih! Aper ni Pak Tam?

Actually, dalam Pahang sahaja, loghat terpecah kepada beberapa slang daerah yang mana bunyi percakapannya agak berbeza. Contoh, orang Pekan lain bunyinya. Orang Temerloh pula, lain bunyinya. manakala orang Lipis, ulu tembeling, lain pulak. Malah ada sesetengah perkataan, yang takde di tempat lain. Ini yang kita panggil loghat daerah. Bermakna, perkataan tu, orang kat daerah atau kampung tersebut tu je yang tahu. Orang tempat lain tak paham. Gamoknya mungkinlah tok penghulu kampung tersebut yang mencipta perkataan tuh berdasarkan keadaan, sosial, persekitaran dan pengaruh setempat. Malah, kampung mak aku dengan kampung abah aku yang jaraknya hanya 5,6 kilometer pun dah berbeza sangat bunyi percakapannya. Contoh, kampung abah aku sebut perkataan seperti 'kerbau', dan 'surau' dengan sebutan 'kerbo', sugho'. Tapi belah mak aku pulak menyebutnya dengan sebutan 'kerba', 'sugha'. Itu baru kampung sebelah menyebelah tuh!

Begitu juga dengan kata ganti diri pertama seperti saya dan aku. kalau orang Pekan, mereka membahasakan diri sebagai 'kawan'. Kalau orang temerloh, 'Koi'. Dan kalau belah-belah raub, lipis dan sebagainya, jadik 'Kaeh'.

Okeih... kita berlajar beberapa perkataan yang biasanya digunakan orang orang Pahang dan beberapa perkataan 'rare' yang digunakan orang orang tua-tua toghi (toghi bermaksud lama @ dahulu kala).

Pohpaleh - biasanya digunakan bila ternampak atau terdengar tentang sesuatu cerita atau keadaan yang sangat menakjubkan, hebat, atau sengaja nak menampakkan ianya dahsyat.
Contoh ayat: Pohpaleh weih aok... tok mudoh skan ni... keter nok samer besor dengan rumoh!
Ayat KeyEl dia: Wah bukan main lagi awak sekarang ni. Pakai kereta besar dah..
Walaupun dalam ayat asal ada menyebut 'kereta nak sama besar dengan rumah', tapi sebenarnya si pencakap bukan bermaksud macam tu. Itu cuma 'ayat melampau' nya saja.

Hugong - menghantukkan. Perlakuan seperti memegang kepala orang dan menghantukkan kepada sesuatu dengan sedaya upaya.
Contoh ayat: Amboih aok... koi hugong ke dinding kang ndok?
Ayat KeyEl dia: Aii brader.. jangan la melampau. Aku hantukkan kepala lu ke dinding karang.

tok ghoit - Tak larat sangat. Tiada daya
Contoh ayat: Aok gi la sorang.. koi tok ghoit dah..
Ayat KeyEl dia: You pergi la.. I tak larat la... letih sangat.

habih ghreng - Sekuat mungkin, semaksimum mungkin.
Contoh ayat: Dah tolok habih ghreng pun tok bergerok nih, doh gonner?
Ayat KeyEl dia: Kita dah tolak sampai nak putus urat kentut, benda ni sedikit pun dah berganjak ni. Abis tu camaner?

Melenteit - Merujuk kepada keadaan perut yang terlalu kenyang, membulat cam orang mengandung 9 bulan.
Contoh ayat: hah! tahu ke didiknya.. uko melenteit ngerja ker Danish...
Ayat KeyEl dia: Celaka punya nyamuk! Padan muka mati kena tampar dengan aku. Sampai gemuk menghisap Darah anak aku!!

Berleso - isk! Camana aku nak explian ni... Perilaku duduk, atau mengesot-ngesot atas lantai atau tempat yang tidak berapa elok atau bersih keadaannya.
Contoh ayat: Jangan la berleso atas lantai ter.. duk atas kusi niha.
Ayat KeyEl dia: Jangan la duduk kat lantai, kan ada sofa tu....

Ket nyer - tapi
Contoh ayat: Kaeh nok gi dah smalar.. ket nyer tok sempat, tinggey dik bas.
Ayat KeyEl dia: Gua nak pergi dah bro, semalam... tapi terlambat sikittt jer. bas dah gerak dulu.

Kohoit - Lenguh
Contoh ayat: Pohpaleh tinggi nyer rumoh awok yerk... kohoit kaki nok nyampeikan katas.
Ayat KeyEl dia: Saper la suruh ko sewa rumah kat tingkat 15! Lenguh kaki nak naik!!

Ghodong - Member, kawan, sahabat.
Contoh ayat: Diri jangan buat ke ghodong kawan gitu...
Ayat KeyEl dia: Wei brader! Lu jangan layan member gua macam tu!

Banyak lagi sebenarnya. tapi aku bagi chance untuk orang lain tambah. Ahaks.. Leh tambah kat bahagian komen tuh. Follow jer format aku buat ni hah. Idup anok pahang! Peace~

Add comment


Security code
Refresh

Category: Daddy nak bagitahu

Firman Allah;

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ

English: Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?".

View Translations

[ Verse: 68 : 30 ]

Search

 

Who's Online?

We have 355 guests and no members online