Tuesday, July 22, 2014
Text Size
Tuan punya suara: Dian Sastrowardoyo
Audio: Hotlink Caller Ringtone

 Ini lah dia Caller Ringtone yang sudah hampir setahun aku gunakan untuk nombor Handphone Hotlink aku. Sebelum ni aku tak pernah suka atau setuju kalau bini aku sanggup subscribe caller ringtone RM3 sebulan. Tapi bila terdengar tone yang ni, langsung aku tertarik nak guna. Sedar tak sedar dah dekat setahun duk membayarnya. Ahaks!

Inilah dia tuan punya suara Caller Ringtone aku tu - Dian Sastrowardoyo

Kepada yang biasa menghubungi aku, mungkin korang dah biasa mendengar caller ringtone ni. Apa yang nak aku kongsikan disini adalah pengalaman aku sepanjang aku menggunakan caller ringtone ni. Memang banyak yang kelakar sebenarnya,

  1. Tenno Gelap (Abah aku) call. Bila aku angkat jer, dengar suara dia cakap dengan mak aku "Ntah...? Budak Indon yang angkat...". Tu kang ada yang dia ingat dia call salah nombor plak tu kang.
  2. Kebetulan sebelum ni, memang ada dak perempuan Indonesia yang kerja jaga Butik bini aku. Abis tu masa balik kampung mak tanya aku "Kenapa tiap kali telepon ke Der (Uda), pekerja Yanie tu yang angkat?" Hah! lagi haru!
  3. Adik aku call. Bila aku angkat telepon diorang leh sound "Laa.. kenapa Der angkat cepat sangat. Orang nak dengar suara Indon tu.. Hik hik hik" Hampeh! Call aku semata-mata nak dengar aku nyer Caller ringtone rupanya!
  4. Downline MyMode call. Aku angkat dengar dia duduk berborak dengan caller ringtone aku "Betul ker ini nombor 017.. bla.. bla.. bla.." Selamba aku sound dia "Akak borak dengan saya punya Caller Ringtone ker?" Gelak sakan dia.
  5. Orang pejabat peguam yang uruskan loan rumah aku terpaksa delay untuk tandatangan agreement sebab setiap kali call, ada minah Indon kata aku tidur lagi. Selamba aku cakap "Ooo.. memang la.. office saya bukak pukul 2 petang."
  6. "Hello.. ini nombor En. Adi ker..?" Dengar orang tanya macam nih dengan caller ringtone aku memang perkara biasa la.
  7. Kalau orang call aku pagi, biasanya bini aku akan angkat. Langsung bila dia cakap "Hello.. hello.." orang yang call tu senyap jer sebab dia ingat bini aku ni pun caller ringtone jugak. Hampeh! Hahaha

Itu mana yang sempat bercakap dengan aku. Mana yang bila dengar jer suara awek Indon angkat terus letak telefon pun aku rasa tak kurang juga banyaknya bila aku tengok hari-hari tak kurang dari 10 ke 20 misscall kat handphone aku. Kekadang terasa gak nak tukar Caller ringtone lain. Cam sesetengah orang tu, sebulan kekadang 2,3 lagu tukar. Tapi buat masa ni belum ada 'sound' yang betul-betul menarik minat aku lagi.

Kepada yang nak subscribe Caller ringtone dengan maxis, korang leh layari web ni: http://www.musicunlimited.com.my/maxisweb/ (registration required)

[span class=notice]article ini di re-publish semula dari blog lama[/span]

Add comment


Security code
Refresh

Firman Allah;

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

English: Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.

View Translations

[ Verse: 68 : 9 ]

Search

 

Who's Online?

We have 180 guests and no members online