Wednesday, April 23, 2014
Text Size

 Hah! Bukan nak karut. Tapi tahukah korang yang korang boleh menjadikan rambut cepat panjang dengan hanya menggunakan barangan di dalam rumah tanpa perlu membeli ubat-ubatan atau vitamin yang mahal-mahal untuk rambut dan bermacam petua yang amat susah untuk dipraktikkan?

Ianya ternyata tidak akan mempunyai sebarang kesan sampingan dan boleh di guna-pakai oleh semua peringkat umur mahupun apa saja jenis rambut samada berminyak ker... rambut kering ker.. rambut botak tengah ker.. dahi suak ker... rambut jarang ker.. semua boleh! Tambah menakjubkan bila korang boleh lakukannya sendiri tanpa sebarang modal!! (Fuh! Macam ayat nak jual e-Book la pulak!)

Mulanya tak percaya jugak. Tapi bila dah menjadi pada anak aku sendiri, barulah aku percaya. Kepada sesiapa yang selalu berkunjung ke blog aku ni, korang pun tahu 3 minggu yang lepas aku cukurkan kepala Danish. Amat memeranjatkan dengan kaedah yang ditemui ini kini rambut Danish telah tumbuh melebihi 5 inci iaitu dengan perkadaran 700 X ganda dari pertumbuhan biasa. Susah nak percaya? Jangan percaya lagi selagi belum tahu bagaimana caranya!

Seperti yang di ajarkan oleh mak... kita jangan kedekut ilmu. So kat sini aku sedikit pun tidak lokek untuk berkongsikan tips yang amat mujarab bagi menyelesaikan masalah rambut botak, dahi suak, rambut lambat panjang dan sebagainya ini. Harap bila korang dah tahu, jangan pula kedekut untuk berkongsikan tips ini kepada yang mempunyai masalah. Klick 'read more'.

Mati la kalau ada brader-brader yang ada masalah rambut terjumpa entry aku ni dari search engine.. Sorry arr bro.. Gurau-gurau waktu senja. Hak! Hak! Hak!

Tapi apa-apa pun still masih boleh diguna-pakai untuk nak mengayat awek-awek kat mIRC.. bebudak kat MySpace... Friendster.. dan sebagainya. Diorang kannyer tahu... Peace~

Add comment


Security code
Refresh

Category: Cerita Daddy

Firman Allah;

ثُمَّ بَعَثْنَا مِن بَعْدِهِم مُّوسَىٰ وَهَارُونَ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ بِآيَاتِنَا فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

English: Kemudian sesudah rasul-rasul itu, Kami utus Musa dan Harun kepada Fir´aun dan pemuka-pemuka kaumnya, dengan (membawa) tanda-tanda (mukjizat-mukjizat) Kami, maka mereka menyombongkan diri dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.

View Translations

[ Verse: 68 : 75 ]

Search

 

Who's Online?

We have 179 guests and no members online