Monday, July 28, 2014
Text Size

Cerita pasal nak cari tempat buat kabinet dapur nih dah dekat 2 minggu dah sebenarnya.

Actually takde lah susah sangat. Melambak tempat boleh buat kabinet dapur. Dari tukang rumah ala kampung, sampailah ke gedung besar macam IKEA tu. Tapi bila kita membuat satu garis panduan yang kita nak, tu yang jadi ke payah tu.

Dan dalam kes aku, Nak yang cantik, kemas, canggih, nampak moden, tapi MURAH!

Hehehehe. kusut betul. Satu problem yang timbul, Bagaimana kita nak tentukan kedai mana yang lagi murah? Sedangkan harga kabinet dapur ini bergantung kepada banyak faktor.

  • Design
  • Size dapur
  • Material yang digunakan
  • dan macam-macam lagik

Jadi dah jadi masalah pulak. Kedai kabinet ni pun ada macam-macam. Ada yang bila kita datang, nak estimate harga kena lukis-likis dulu atas kertas (cara manual), ada yang canggih sikit cakap jer terus buat dengan komputer on the sport terus siap lukisan 3D design yang kita nak, ada pulak "Aa... you balik dulu, nanti saya call sama you dia punya harga".

Jadi untuk memastikan ianya adil dan perbandingan harga lebih jelas antara satu tempat dengan satu tempat yang lain, aku kena come-out dengan design sendiri yang lebih specific serta material yang aku nak. Jadi baru mudah untuk aku nilaikan kedai yang mana lebih murah.

Ruang dapur rumah aku tu kecik je. Molek sangatlah dengan budget aku yang ciput jugak. Aku tengok owner lain semua renovate gila-gila punya. Sampai stok 'pecah dinding' dan sebagainya. Aku pulak, memang nak meminimumkan kos yang sedia ada. Ni untuk grill pun dah tak tertanggung dah rasanya. jadi seboleh-bolehnya aku main dengan ruang yang ada je.

Balik dari kedai kabinet tadik terus search software-software 3D untuk interior design. 2,3 software jugak aku try. Tapi yang paling user friendly dan mesra pengguna buta it macam aku, "3D Home Architect Design Suite Deluxe 8". Lepas install terus mendesign. dan jadilah macam kat bawah ni.

So senang sket kerja aku nak mengezplainkan design macamana yang aku nak. Aku bagi complete dengan top view elevation sekali dengan ukuran siap. Rata-rata semua dalam lingkungan RM3000 ke RM3500. Ni guna material hardboard, melamine ngan ABS. Kira material yang paling murah lah. kalau guna solid wood, solid surface, mar mar dan macam-macam lagi tu, Jangan cerita lah. Ada satu kedai Cina tu, konon yer-yer cakap aku boleh bagi harga kilang. Malam tu dia call bagitahu harga sampai RM5000 lebih. Giler! Bila aku cakap je kedai lain boleh bagi3 ribu jer.. dan dan cakap "Aa... okey lah. kita boleh kasi you RM3000". Adeh! Cam tak confident la pulak!

Anyway tadik dah pun confirm dengan satu kedai tu. Welco Kitchen SDN BHD. Harga dia RM3500 campur dengan pemasangan hood, hob ngan sinki. Siap bagi sinki dengan spoon tray free lagik. Cara kerja diorang pun canggih sket. Semua computerize. Tu yang aku suka tu.

Okey.. kabinet dah settle.. Grill belum lagik!

[span class=notice]UPDATED: Untuk nak tengok keadaaannya Kabinet Dapur kitorang yang dah siap bolehlah baca Entry Ini.[/span]

Add comment


Security code
Refresh

Category: Cerita Daddy

Firman Allah;

وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَهُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِن يُدْخِلُ مَن يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ ۚ وَالظَّالِمُونَ مَا لَهُم مِّن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

English: Dan kalau Allah menghendaki niscaya Allah menjadikan mereka satu umat (saja), tetapi Dia memasukkan orang-orang yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dan tidak pula seorang penolong.

View Translations

[ Verse: 68 : 8 ]

Search

 

Who's Online?

We have 106 guests and no members online