Saturday, July 26, 2014
Text Size

Inilah kisah-kisah orang yang cuba mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain. Ada pepatah mengatakan "Dalam kesempitan, ada kesempatan" maka inilah salah satu contoh yang kita boleh ambil daripadanya.

Dikala Malaysia dilanda jerebu teruk, Topeng muka untuk melindungi habuk ini hanya dijual pada harga Rm1 ke Rm2 setiap satu. Sebab apa? Sebab habuk orang tak takut sangat. Bila sebut VIRUS, baru orang takut. Dan dek kerana itu topeng kain nipis yang sama tidak lagi dijual pada harga yang sama.

Ada kisah di farmasi, kononnya ada menjual topeng H1N1 yang lebih effisyen, menggunakan teknologi 'nano filter' dan bukan micro filter seperti mana kebiasaannya. Kononnya yang ini jaun lebih canggih. Jaringan penapisnya jauh lebih halus. Bukan kata Bapak virus H1N1, anak virus H1N1 yang baru menetas pun tak boleh tembus. Hakikatnya, ia hanya kelihatan seperti topeng-topeng kain yang lainnya. Nipis semacam je.

Bila ditanya berapa harganya? Tanpa rasa bersalah. "RM35 satu". Rm35 untuk topeng kain untuk tutup muka? Come on! Don't be so ridiculous!!

Suasana panik dah mula kelihatan di setengah-setengah tempat. Pergilah kemana-mana hospital atau klinik kerajaan. Korang akan tengok keadaannya. Ambil nombor pukul 10 pagi, jawabnya pukul 10 malam baru selesai. Ada yang nak hantar anak demam, last-latst dengan mak-maknya sekali demam akhirnya dek kerana terlalu lama menunggu.

lain pula kisahnya dengan klinik-klinik swasta. Asal demam je, maka sediakanlah RM60-RM70 untuk ubat-ubatan yang sampai satu beg polastik dibekalkan. Samada ia memang wajar, atau pihak klinik juga mengambil kesempatan yang ada diatas kesempitan dan kerisauan orang ramai mengenai virus H1N1 ini.

Pada yang demam, semoga kita cepat sembuh. Tapi buat mereka-mereka yang ada kepentingan, harap janganlah mengambil kesempatan diatas kesengsaraan orang lain. Esok kot kita yang kena demam H1N1, baru padan ngan muka.

Add comment


Security code
Refresh

Category: Pendapat Daddy

Firman Allah;

وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ ۖ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ

English: Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering". Hai orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta´bir mimpiku itu jika kamu dapat mena´birkan mimpi".

View Translations

[ Verse: 68 : 43 ]

Search

 

Who's Online?

We have 469 guests and no members online