Tuesday, September 02, 2014
Text Size

Kat rumah baru ni KABEL TELIPON pun belum ada lagi. So jangan haraplah nak apply streamyx (It wasn't means that streamyx bloody damn good, but as a humble Malaysian, we not be given OTHER CHOICE!). Then, nak tak nak aku terpaksalah menggunakan semula Maxis Broadband yang dah setahun tak berpakai. Sebelum ni ada gak aku bagi Abg Long je guna time dia nak balik Chini daripada aku membayar bill tiap-tiap bulan macam tu je.

Luckily, (thank god that I'm always lucky even in a bad luck timing) kawasan Impiana Residence ni dibawah liputan HSDPA Maxis. So by right connection nya lebih okey la dari connection GPRS ataupun 3G dan UMTS yang lebih kurang macam GPRS jugak!

Test punya test kat speedtest, downstream boleh ladapat 0.99Mb/s dan upstream 0.05Mb/s. Good enough for me as an Internet Marketer even though it can't fullfill the other side of me which is a bloody torrent and warez sucker. Ahaks!

Tetiba pada suatu malam, borak punya borak dengan j@nggut, dia pun kata yang sekarang Maxis ada modem baru Maxis USB Stick Broadband yang ala-ala macam thumb-drive tu. Maximum connection boleh dapat sehingga 7.2Mbps. Hanya perlu pergi ke maxis center, dan cakap je nak tukar. Then ada la dia punya bureaucracy dan soalan bangang-bangang alang dari bebudak perempuan yang kurang bijak IT dalam Maxis Center tu nanti.

Dan kerana dah 2,3 kali terkena dengan budak-budak perempuan bangang yang berlagak bijak kat Maxis Center cawangan Bandar Baru Nilai ni, jadi agak 'cinta' sikit lah aku nak pergi kesana. So aku merayaulah ke website maxis yang sememangnya dari dulu aku tak berapa suka dek kerana tidak 'ergonomic'nya web tersebut. Akhirnya berjumpa juga aku ke page yang ini 'Maxis USB (E220) Software Updates!'.

Basically kepada pengguna Maxis Broadband yang terdahulu yang menggunakan modem E220 yang macam dalam gambar tu, korang tak perlu tukar ke modem baru pun sebenarnya. Just gunakan je modem asal tersebut, dengan syarat korang update firmware dan dashboard softwarenya. Gerenti kalau dulunya maximum connection cuma 3.6Mb terus boleh jadi 7.2Mb (bagi kawasan-kawasan HSDPA je la). Bagaimana caranya?

  1. Mula-mula download E220 Software Upgrade dan extractkan ke PC korang. Dalam tu ada 2 file iaitu E220 Firmware.exe dengan E220 Dashboard.exe dan kedua-dua ini korang perlu install.
  2. Pastikan modem Maxis korang dah dipasang tapi jangan connectkan dulu. close dulu application maxis broadband yang sedia ada tu.
  3. Install E220 Firmware.exe dulu. Next Next next je. kalau dia tanya apa-apa, jawab je YES. Sampai selesai.
  4. Then install pulak E220 Dashboard.exe sama macam tadi jugak. Dah settle semua?
  5. Okey, skang cabut USB Modem Maxis korang, lepas baca subhanallah 3x, pasangkan semula.
  6. Nanti korang akan dirusuh install control panel maxis broadband yang baru. Next Next next je. Bila selesai orang akan perasan ada icon baru untuk buat connection dan Control panel dia pun nampak macam boleh tahan sikit la dari yang boring ya amat yang sebelum ini.

Settle jer, aku pun buat connection baru. Plup! Dapat 7.2Mbps la kononnya. Teruslah aku buat Speedtest.

 

Yes! Definitely not even close to 7.2Mb, but at least twice faster than before which is just 0.99Mb Only.

 

Inilah Control Panel yang baru. Untuk nak menengok bertapa tak stabilnya speed connection maxis broadband ini (walaupun they claim as 'no speed capping') caranya:

  1. Download movie, rapidshare premium, torrent, direct download atau sebagainya. Lebih effisyen gunakan Download Accelerator seperti IDM.
  2. Kemudian perhatikan graf speed kat gambarajah diatas tu nanti. Kekejap naik sampai 3Mbps, kekejap turun sampai 800Kbps je. Apa kes?
For those yang dah update firmware pun connection slow macam ulat gonggok, gi je la kat Maxis center KLCC tuh, cakap nak terminat. Ngabihkan boreh je!.

Add comment


Security code
Refresh

Category: Daddy & Dunia IT

Firman Allah;

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ

English: sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar.

View Translations

[ Verse: 68 : 5 ]

Search

 

Who's Online?

We have 344 guests and no members online